Sunday, 1 November 2015

Permintaan Madu Kelulut Johor Meningkatkan by Trigona Power Farm










NizamPower





Team Trigona Power Farm


Assalamualaikum ,

Alhamdulilah syukur kepada ALLAH  S.W.T diatas usaha yang semakin mendapat sambutan penduduk setempat dan di sekeliling Johor Bahru dan Singapura  ke atas Madu Kelulut Trigona Power Farm .

Kami merasa sangat berbaloi Usaha & Tekun mengusahakan Penternakan Lebah Kelulut demi menjamin keaslian Madu Kelulut tanpa rasa was was kepada pengguna . Pada awal penternakan ramai rasa takut dengan Keaslian & Harga yang kami tawarkan .

Apabila mereka datang ke ladang kecil kami di Kong Kong Masai . Pasti harga bukan lagi permainan suka-suka untuk dinaikkan atau di turunkan .... Yang Pasti "Fresh From Farm"  adalah misi kami .

Walaupun kajian pelbagai Institusi Pengajian Tinggi membuktikan Madu didalam Pasaran Malaysia hanya 25% sahaja yang asli dan berkualiti mengikut piwaian keaslian dan bukti -bukti yang ditetapkan secara kajian . Masih tiada tindakan oleh pihak berkuasa keatas madu -madu tidak asli .

Maka dengan ini Pihak NizamPower Herbs & Marketing dengan kerjasama World Impact Network Sdn Bhd bersama dengan Persatuan Usahawan Lebah Kelulut Johor ( JBEES ) melangkah dalam komuniti Pengusaha Lebah Kelulut Johor untuk memberi kepada masyarakat MADU KELULUT ASLI .

Ya , Kesihatan Sangat Mahal seperti mana nilai didalam KAD PERUBATAN anda . Maka Madu adalah  Satu Makanan yang di Catatkan oleh ALLAH s.w.t didalam Alquran sebagai Ubat dan Penawar .

Saya amat YAKIN dengan apa yang tertulis didalam AL QURAN , Ini MISI DAN VISI jelas kepada Saya sebagai Pengusaha Lebah Madu Kelulut akan Ke aslian yang BERPANJANGAN .


Visit Site Trigona Home  Kopok Baru .