Sunday, 18 October 2015

Scam Pelaburan Penternakan Lebah Kelulut Terkini

Sidang Meja Pengusaha Penternakan Lebah Kelulut Johor .
Trigona Power Farm



Assalamualaikum kepada sidang pembaca & bakal pelabur tegar .

Saya amat tertarik dengan SKIM Pelaburan Penternakan yang semakin menimbulkan keresahan dikalangan penternak lebah kelulut sekitar Johor .  Apa yang menarik untuk dikongsi bersama adalah pembayaran keuntungan bersama secara bulanan yang dijanji adalah di sifatkan sebagai pulangan wang semula sebanyak 50% dari modal pelaburan .

Asas penternakan lebah kelulut di johor mengikut data pengeluar yang di kongsi bersama Badan Penaja JBEES  Tahun 2015 bulan Oktober . Penternakan Lebah Kelulut secara kormisel di Negeri Johor masih tiada maklumat rasmi mengenai Penternakan Secara Berkelompok yang berjaya menghasilkan Pengeluaran yang di ingini Pasaran didalam Johor dan Singapura .

Saya mendapati dengan Faktor Kelemahan ini , SKIM CEPAT KAYA menjalankan aktiviti pengambilan WANG dengan Teknik seperti mana terjadi dengan Skim Penternakan LEMBU , Skim Penternakan CACING , Skim Penternakan WALIT , Skim Penternakan Lintah , Skim Penternakan Ikan Arowana sudah terkubur sehingga menjejas industri sebenar setiap penternakan tersebut .

Persoalan yang akan TIMBUL kepada Pengusaha yang tekun dan sentiasa FOKUS dengan Penternakan Lebah Kelulut pasti akan terjejas kerana kekhuatiran PENGGUNA dan PELABUR didalam intitusi Koperasi akan hilang keyakinan disebab Isu Pelaburan SKIM CEPAT KAYA .

Saya tahu Industri Penternakan Lebah Kelulut di canang mudah menghasilkan DUIT tapi hakikat . Untuk menghasilkan 100gram - 400 gram setiap koloni adalah tidak mudah seperti di fikir oleh minda kita yang sihat .

Saya menulis ini adalah memohon pembaca , Pengusaha , Penternakan  dan Usahawan Lebah Kelulut Johor bersama mengajak rakan yang terlibat dengan mana institusi pelaburan SKIM CEPAT KAYA . Bawa mereka ke ladang ladang Pengusaha terdekat .

Intensif dengan Kerjasama Gabungan Usahawan Lebah Kelulut Negeri Johor akan membuka Pusat Rujukan Daerah & Ladang Intergrasi Daerah untuk menimba ilmu walau sekadar tahu dan mendapat madu kelulut ASLI .


Team Pengurus Kajian Pemasaran Trigona Power Farm
Trigona Power Farm

No comments:

Post a Comment