Saturday, 17 October 2015

Asas Penternakan Lebah Kelulut di Johor

Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada pembaca Blog Trigona Power Farm .


Saya tertarik dengan pelbagai isu yang mendatang kepada Koperasi & Pihak Pengurusan Ladang Trigona Power . Isu yang sentiasa menjadi tanda tanya  oleh Usahawan Baru Lebah kelulut dan Pelabur dalam Penternakan Lebah Kelulut dalam mengusahakan Ladang Lebah Kelulut secara kormisel . Saya bercakap secara Fakta & Pengalaman sejak mula 2014 sebagai Usahawan lebah kelulut di johor .


4 ASAS YANG DIPERLUKAN OLEH PENTERNAKAN SECARA KORMISEL .

1. PEMILIHAN LADANG YANG BERSUMBER MAKANAN TETAP .
2. PENGURUSAN LOG & TOPPING YANG BERTERAS KORMISEL .
3. PENGURUSAN KAWALAN BINATANG DAN PENYAKIT SEDIA ADA .
4. PENGURUSAN TUAI DAN SIMPANAN

Kepada yang baru nak mula ternakan perlu ilmu -ilmu :-

1. Ilmu BEESCAPE  iaitu memilih lebah kelulut yang boleh diternak atau tidak .
2. Ilmu Pengurusan LOG /KOLONI  ( Buat Topping / Hive / Kawalan Serangan Penyakit)
3. Ilmu Pengurusan Ladang / Tempat ternakan  ( Kawasan /Makanan/ Situasi semasa )
4. Ilmu Pemasaran dan Pemborongan ( Perniagaan Pukal /Borong/Runcit )

Fakta sebenar yang boleh menghasilkan Madu Lebah Kelulut :-

1. Sumber Nektar yang banyak

Contoh Pokok yang boleh membantu Lebah Kelulut menghasilkan madu lebih banyak secara konsisten  .

a. Pokok Akasia Magnium ( Bunga Putih )
b. Pokok Belimbing B17/B20
c. Pokok kayu bakau
d. Pokok Senduduk  ( Kuantiti yang banyak )

Jadi kepada pengusaha yang secara melabur didalam mana-mana koperasi atau syarikat perlu paham akan situasi sebenar  dalam proses ternakan lebah kelulut .

Asas Faktor dalam Pelaburan Lebah Kelulut .

1. Anda perlu mengetahui Dasar Perniagaan yang jelas dan bersistem.
2. Anda perlu mengetahui POTENSI LADANG dengan fakta yang betul .
3. Anda perlu memahami KONSEP LADANG MADU vs LADANG SKIM CEPAT KAYA .
4. Anda perlu mengambil ilmu penternakan lebah kelulut dengan betul .

Saya sangat berbesar hati anda datang melawat ladang kecil kami .  Kami berkongsi dengan baik tanpa memaksa anda meminati penternakan lebah kelulut ini .


Meja Sidang Pengurus Trigona Power Farm
Hazrulnizam Bin Abu Bakar  

No comments:

Post a Comment