Saturday, 24 October 2015

Lawatan Usahawan Cendawan Global ke Ladang Lebah Kelulut Trigona Power Farm




    Dari Meja Trigona Power Farm .

Alhamdulilah syukur kepada ALLAH s.w.t dapat berkongsi ilmu sedikit kepada usahawan cendawan berjaya di johor dan terengganu  Tuan Ahmad Hanizam dari Cendawan Global  .

Amacam  Tuan Ahmad Hanizam ?  Dah Hilang Rasa Takut Dengan Lebah Madu kelulut di Ladang Trigona Power Farm . Perasan Kali pertama melihat sendiri Lebah yang disangka menyengat tapi ....................... ( cer jawab sendiri )


Ilmu Pengurusan Ladang Lebah Madu kelulut di kongsi dengan tertib dengana pengalaman Kami yang sangat Baru dalam Industri Lebah Madu Kelulut di Johor ini .


Pengurusan Tuai Madu Kelulut 
Pengurusan Topping dan Mengurus Telur Lebah Kelulut 
Pengurusan Ladang Agro Pelancong & Kormisel 




Friday, 23 October 2015

Bajet 2016 menarik Lebah Kelulut Johor untuk Trigona Power Farm

Wah sangat menarik Bajet 2016 yang dibaca oleh Perdana Menteri Malaysia yang ke 6  . 

Apa yang sahabat di dalam gambar di bawah nie ? 



Insentif dalam Ternakan Lebah Madu kelulut di Malaysia .

Jom kita bersama membina ladang kelulut yang boleh menghasilkan madu kelulut konsisten .

Apakah yang kita perlukan 2016 sebagai Pengusaha Lebah Madu Kelulut ?

1. Peningkatan Pengeluaran Madu Kelulut
2. Penyelidikan & Peningkatan  untuk Madu Kelulut
3. Pembangunan Produk Berasaskan Madu Kelulut
4. Pembangunan Keusahawan Madu Kelulut
5. Geran pembukaan ladang kormisel

Jom kita mula gerak kerja membuat kertas kerja untuk mana-mana bidang yang di minati dalam Lebah Madu Kelulut di Johor Darul Ta'zim .

#KelulutJohor 

Sunday, 18 October 2015

Scam Pelaburan Penternakan Lebah Kelulut Terkini

Sidang Meja Pengusaha Penternakan Lebah Kelulut Johor .
Trigona Power Farm



Assalamualaikum kepada sidang pembaca & bakal pelabur tegar .

Saya amat tertarik dengan SKIM Pelaburan Penternakan yang semakin menimbulkan keresahan dikalangan penternak lebah kelulut sekitar Johor .  Apa yang menarik untuk dikongsi bersama adalah pembayaran keuntungan bersama secara bulanan yang dijanji adalah di sifatkan sebagai pulangan wang semula sebanyak 50% dari modal pelaburan .

Asas penternakan lebah kelulut di johor mengikut data pengeluar yang di kongsi bersama Badan Penaja JBEES  Tahun 2015 bulan Oktober . Penternakan Lebah Kelulut secara kormisel di Negeri Johor masih tiada maklumat rasmi mengenai Penternakan Secara Berkelompok yang berjaya menghasilkan Pengeluaran yang di ingini Pasaran didalam Johor dan Singapura .

Saya mendapati dengan Faktor Kelemahan ini , SKIM CEPAT KAYA menjalankan aktiviti pengambilan WANG dengan Teknik seperti mana terjadi dengan Skim Penternakan LEMBU , Skim Penternakan CACING , Skim Penternakan WALIT , Skim Penternakan Lintah , Skim Penternakan Ikan Arowana sudah terkubur sehingga menjejas industri sebenar setiap penternakan tersebut .

Persoalan yang akan TIMBUL kepada Pengusaha yang tekun dan sentiasa FOKUS dengan Penternakan Lebah Kelulut pasti akan terjejas kerana kekhuatiran PENGGUNA dan PELABUR didalam intitusi Koperasi akan hilang keyakinan disebab Isu Pelaburan SKIM CEPAT KAYA .

Saya tahu Industri Penternakan Lebah Kelulut di canang mudah menghasilkan DUIT tapi hakikat . Untuk menghasilkan 100gram - 400 gram setiap koloni adalah tidak mudah seperti di fikir oleh minda kita yang sihat .

Saya menulis ini adalah memohon pembaca , Pengusaha , Penternakan  dan Usahawan Lebah Kelulut Johor bersama mengajak rakan yang terlibat dengan mana institusi pelaburan SKIM CEPAT KAYA . Bawa mereka ke ladang ladang Pengusaha terdekat .

Intensif dengan Kerjasama Gabungan Usahawan Lebah Kelulut Negeri Johor akan membuka Pusat Rujukan Daerah & Ladang Intergrasi Daerah untuk menimba ilmu walau sekadar tahu dan mendapat madu kelulut ASLI .


Team Pengurus Kajian Pemasaran Trigona Power Farm
Trigona Power Farm

Saturday, 17 October 2015

Asas Penternakan Lebah Kelulut di Johor

Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada pembaca Blog Trigona Power Farm .


Saya tertarik dengan pelbagai isu yang mendatang kepada Koperasi & Pihak Pengurusan Ladang Trigona Power . Isu yang sentiasa menjadi tanda tanya  oleh Usahawan Baru Lebah kelulut dan Pelabur dalam Penternakan Lebah Kelulut dalam mengusahakan Ladang Lebah Kelulut secara kormisel . Saya bercakap secara Fakta & Pengalaman sejak mula 2014 sebagai Usahawan lebah kelulut di johor .


4 ASAS YANG DIPERLUKAN OLEH PENTERNAKAN SECARA KORMISEL .

1. PEMILIHAN LADANG YANG BERSUMBER MAKANAN TETAP .
2. PENGURUSAN LOG & TOPPING YANG BERTERAS KORMISEL .
3. PENGURUSAN KAWALAN BINATANG DAN PENYAKIT SEDIA ADA .
4. PENGURUSAN TUAI DAN SIMPANAN

Kepada yang baru nak mula ternakan perlu ilmu -ilmu :-

1. Ilmu BEESCAPE  iaitu memilih lebah kelulut yang boleh diternak atau tidak .
2. Ilmu Pengurusan LOG /KOLONI  ( Buat Topping / Hive / Kawalan Serangan Penyakit)
3. Ilmu Pengurusan Ladang / Tempat ternakan  ( Kawasan /Makanan/ Situasi semasa )
4. Ilmu Pemasaran dan Pemborongan ( Perniagaan Pukal /Borong/Runcit )

Fakta sebenar yang boleh menghasilkan Madu Lebah Kelulut :-

1. Sumber Nektar yang banyak

Contoh Pokok yang boleh membantu Lebah Kelulut menghasilkan madu lebih banyak secara konsisten  .

a. Pokok Akasia Magnium ( Bunga Putih )
b. Pokok Belimbing B17/B20
c. Pokok kayu bakau
d. Pokok Senduduk  ( Kuantiti yang banyak )

Jadi kepada pengusaha yang secara melabur didalam mana-mana koperasi atau syarikat perlu paham akan situasi sebenar  dalam proses ternakan lebah kelulut .

Asas Faktor dalam Pelaburan Lebah Kelulut .

1. Anda perlu mengetahui Dasar Perniagaan yang jelas dan bersistem.
2. Anda perlu mengetahui POTENSI LADANG dengan fakta yang betul .
3. Anda perlu memahami KONSEP LADANG MADU vs LADANG SKIM CEPAT KAYA .
4. Anda perlu mengambil ilmu penternakan lebah kelulut dengan betul .

Saya sangat berbesar hati anda datang melawat ladang kecil kami .  Kami berkongsi dengan baik tanpa memaksa anda meminati penternakan lebah kelulut ini .


Meja Sidang Pengurus Trigona Power Farm
Hazrulnizam Bin Abu Bakar  

Thursday, 15 October 2015

Madu Kelulut Trigona Power Farm Kong Kong Masai Johor






15 Oktober 2015 .

Team Pengurus Operasi Ladang Trigona Power Farm telah melakukan aktiviti penuaian madu kelulut dari log koloni yang aktif .


Musim Jerebu pada bulan September dan Oktober memberi kesan panjang kepada Ladang Kami .
Hasil madu kelulut berkurangan sehingga tahap 50% dari pengeluaran bulanan .

Kami komited dalam memperbanyakkan sumber makanan pelbagai teras .

Aktiviti Penanaman pokok bermula Oktober hingga Disember 2015 untuk meningkatkan pengeluaran madu masa depan .



sms:+60136163163?body=MADU200G

sms:+60136163163?body=MADU200G