Saturday, 16 May 2015

Pokok Kayu Bakau Kesukaan Kelulut Trigona Power




Pokok Bakau  sangat banyak terdapat di kampung Sungai Latoh Kong Kong Masai Johor .


Pokok Bakau biasanya memiliki buahnya yang berbulu dan bahagia bawah daun yang berbulu. Bulu pada daun menyimpan air dengan memerangkap lapisan udara dan dengan itu mengurangkan kehilangan air melalui penyejatan.

Bunganya wangi dan menghasilkan madu dan didebungakan oleh serangga. Avicennia menghasilkan antara madu yang terbaik.

Di Malaysia, hutan Bakau biasanya dilindungi dan kawasan hutan Bakau Simpan yang telah digazetkan diuruskan oleh Jabatan Perhutanan untuk pengeluaran kayu secara mapan. Pada masa ini Malaysia mengamalkan sistem penebangan secara clear-felling mengikut giliran iaitu dalam jangka masa 20 hingga 30 tahun.

Informasi dari +Wikipedia 

No comments:

Post a Comment